Resepi Meringue Kisses



Assalamualaikum wbt.

Untuk pertama kalinya. Saya akan share resepi yang paling mudah untuk dibuat. Resepi ini adalah resepi yang saya pelajari daripada pakcik google. Mudah-mudah pon kalau salah teknik, meringue tak naik, cair, merekah dan macam-macamla..Alhamdulillah, sekali je saya try dah jadi tapi tak tahula nanti dua kali try ke tiga kali ke...Inipon ada sikit merekah pada adunan batch kedua sebab saya pergi bukak oven..haha...

Okay...banyak kegunaan Meringue Kisses ini. Bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, Malah sangat menarik untuk dijadikan hiasan di atas kek. 



TIPS untuk menyediakan Meringue Kisses 

Gula:

  • Gunakan gula kastor ataupun campuran gula kastor dan gula icing kerana ia senang larut.
  • Panaskan gula ke suhu 100℃ sebelum dicampurkan ke dalam adunan meringue.
  • Jangan masukkan gula terlalu awal kerana ia akan memanjangkan masa untuk adunan putih telur menjadi berbuih/soft peak. Masukkan gula ketika meringue telah menjadi "soft peak".

Telur:

  • Gunakan telur segar. Telur yang segar lagi mudah mendapatkan adunan yang stabil berbanding telur lama.
  • Telur pastikan dalam keadaan suhu bilik. Walaubagaimanapun telur senang diasingkan ketika ia berada dalam keadaan sejuk.
  • Untuk memudahkan cara, setelah diasingkan telur biarkan sebentar selama 30minit sebelum dipukul.
  • Jangan guna telur putih yang dah bercampur telur kuning walaupun setitis.

Peralatan:

  • Mangkuk Stainless Steel/ Metal sesuai digunakan untuk membuat meringue berbanding mangkuk plastik kerana ia dikatakan lebih mudah mendapatkan meringue yang gebu dan stabil.
  • Lap peralatan (mangkuk dan whisk) dengan lemon atau cuka dan bilas dengan air sebelum digunakan.
  • Pastikan mangkuk dalam keadaan kering dan "grease-free". 

Untuk elakkan meringue dari merekah try cara dibawah:

  • Bakar meringue dalam suhu rendah. Kalau suhu oven terlalu tinggi, meringue akan merekah. Cuba tengok meringue yang dibakar, kalau bertukar jadi brown makanya sila turunkan suhu oven anda.
  • Jangan buka oven dalam masa 30minit sebelum ianya masak.
  • Biarkan meringue yang dah dimasak dalam oven seketika sebelum dikeluarkan.



RESEPI MERINGUE KISSES

2 biji telur putih saiz A @ 76gm telur putih
152gm gula kastor. (yang tak suka manis boleh kurangkan)
1/2 tsp Esen Vanilla
Pewarna

Bonus: Marshmallow @ Coklat chips





Untuk elakkan pembaziran telur putih, timbang gula 2x ganda berat telur.
Boleh juga gunakan ratio; Setiap 50grams pada setiap 1 biji telur putih.

Ni meringue yang dah dalam keadaan "Stiff Peak". Maknanya bila diangkat whisk, adunan tegak dan tak jatuh.


Cara-caranya:

1. Lapik dulang atau loyang dengan Parchment Paper.
2. Panaskan oven pada suhu 100℃. 
3. Pukul telur putih dengan kelajuan rendah selama 3-5 minit atau sehingga adunan berbuih. Kemudian teruskan putaran menggunakan medium speed (kelajuan sederhana) sehingga bertanduk atau soft peak.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Ketika masukkan gula, pastikan kelajuan mixer dalam keadaan rendah. Setelah semua gula dimasukkan barulah lajukan kembali ke kelajuan sederhana.
5. Pukul adunan sehingga berkilat dan kental. 
6. Masukkan Esen Vanilla dan pukul hingga sebati.
7. Tutup mixer dan warnakan adunan meringue mengikut warna yang disukai.
8. Sediakan Marshmallow @ Coklat Chips di atas loyang yang sudah dialas dengan Parchment Paper.
9. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan paip adunan menutupi Marshmallow @ Coklat Chips.
10. Bakar adunan meringue tadi selama 45-50minit pada suhu 100℃.

Nak tau dia dah masak ke tidak, kalau senang ditanggalkan daripada parchment paper maknanya dah masakla tu.

Harap memberi manfaat. Selamat Mencuba. 


Psst...kalau nak buat pavlova pon bolehhh...Kalau ada banyak masa, saya bagi resepi pavlova pulak..tunggu yee....hihi




Comments

  1. Nak tnyaa knape saya punya meringue jadi lembik walaupun masak lama??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon jdi mcm tu, nd tanya Puan sy (Pengajar sy) Puan sy cakap, sebelum bakar, selepas piping kita kena restkan selama 3 atau 4 jam sebelum bakar. Maaf kalau salah.

      Delete
  2. ya..saya pun sama
    selepas masak dan biarkan sekejap dlm oven tu perlu off oven atau biar on...dan pintu oven perlu buka atau tutup
    sbb saya biarkan dgn oven tu on dan pintu oven tutup...tp bila keluarkan untuk dia sejuk dia melekit...kenapa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon jdi mcm tu, nd tanya Puan sy (Pengajar sy) Puan sy cakap, sebelum bakar, selepas piping kita kena restkan selama 3 atau 4 jam sebelum bakar. Maaf kalau salah.

      Delete
    2. Tak perlu. Jika buat macaroon perlu rest

      Delete

Post a Comment